Showing posts with label ISU TERKINI. Show all posts
Showing posts with label ISU TERKINI. Show all posts

Friday, 30 January 2015

Akhirnya Anak Perempuan Awie Dedah Penipuan Rozana Misbun?



Kalau sebelum ini Rozana Misbun telah menjawab secara panjang lebar tuduhan yang dilemparkan Awie kepadanya, kali ini pula giliran anak perempuan Awie, Puteri Aleeya Antasha membuat pendedahan mengenai penipuan Rozana Misbun.

Sebetulnya, kami sendiri tak tahu siapa betul siapa salah, jadi terpulang kepada korang semua sebagai pembaca untuk membuat penilaian sendiri.

Korang boleh baca status pendedahan anak perempuan Awie

Puteri Aleeya Antasha merupakan anak sulung penyanyi Awie yang kini sedang naik turun mahkamah akibat kesnya bersama isteri Rozana Misbun.

Puteri Aleeya Antasha yang kini berusia 15 tahun telah terpanggil untuk menceritakan pengalamannya sendiri sewaktu tinggal dan hidup bersama ibu tirinya, Rozana Misbun.



Baru-baru ini, Rozana Misbun ada membuat kenyataan media apabila berjaya mendapat hak jagaan anak. Ini kenyatan dari Rozana Misbun: (temubual bersama mStar)

Bagi anak gadis ini, kenyataan Rozana Misbun ternyata banyak penipuan dan dia sedia menjadi saksi untuk menceritakan kisah sebenar sekiranya diperlukan.

Ini pula kisah dari pengalaman sendiri Puteri Aleeya Antasha:


Thursday, 29 January 2015

Rintihan Sedih Sharnaaz Ahmad Ditinggalkan Anis Al-Idrus, Kekasihnya?



Aduh... sedih pula kami baca luahan hati pelakon Sharnaaz Ahmad yang dikongsikan beliau di akaun Instagram peribadinya baru-baru ini. Luahan itu seakan ditujukan kepada kekasihnya, Anis Al-Idrus.

#Kami sendiri bukan sahaja sebak malah turut sama bersimpati dengan aktor kacak ini. Apapun, kami harap Sharnaaz tabah dan cekal hati.

Teka-teki mengenai #status terkini percintaan diantara Sharnaaz Ahmad dan kekasihya, Anis Al-Idrus nampaknya masih menjadi tanda tanya.

Terbaru, menerusi sekeping foto yang dimuatnaik oleh Sharnaaz di laman Instagram, ada sesuatu yang cuba disampaikan olehnya kepada peminat di luar sana.




Rasanya umum mengenali kekasih hati Sharnaaz, Anis yang merupakan seorang pengusaha tudung dan model. Malah Anis juga pernah beberapa kali membintangi drama tempatan.

Namun tindakan Anis memadam foto Sharnaaz di laman Instagram miliknya mengundang perhatian peminat. Semalam, Sharnaaz memuatnaik sekeping foto dengan kapsyen yang agak menyentuh hati.





"Adik, awak datang masa abg ada musibah, tapi awak bagi abang sedar yg hidup kita mungkin susah, tapi kita ada istimewa masing masing..

Kami pasti ada sesuatu yang cuba disampaikan oleh Sharnaaz selain daripada rasa terharu dan kagum terhadap kedatangan seorang kanak-kanak kurang upaya ke fitness center nya."

Sehingga kini Sharnaaz mengambil keputusan untuk merahsiakan status hubungannya. Namun sokongan yang diberikan oleh peminat terhadap Sharnaaz tidak pernah putus malah sentiasa mendoakan yang terbaik.

Jika benar percintaan antara mereka berdua sudah pun berakhir, harap Sharnaaz tabah dan cekal dalam mengembangkan keriernya - Ohbulan.


Luahan Menyayat Hati Intan Maizura Semua Penumpang Dan Kru MH370 Diisythar Terkorban



Putrajaya: “Beri saya apa maksud hilang (lost) dan lenyap (missing), kemudian saya akan ceritakan apa yang saya rasa buat masa ini,” kata Jacquita Gonzales, isteri kepada Penyelia Penerbangan MH370, Patrick Francis Gomes.

Jacquita bersama empat waris MH370 yang lain termasuk isteri pramugara Mohd Hazrin Hasnan, Intan Maizura Othman, 35, ditemui selepas muncul pada bilik sidang media berkaitan MH370 oleh Jabatan Penerbangan Awam (DCA), di sini, semalam.

Menurutnya, dia terkejut apabila DCA mengumumkan deklarasi berhubung kehilangan pesawat berkenaan.

“Jika anda buat carian mengenai maksud perkataan lenyap (lost) dan hilang (missing), ada dua maksud berbeza mengenainya. Jika MH370 diisytihar hilang, saya pasti suami mahu pulang ke rumah.

“Semua waris MH370 yang lain juga mahu insan tersayang mereka pulang ke pangkuan masing-masing,” katanya.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Patutlah Cikgu Ni Dapat Surat Cinta Dari Ayah Anak Muridnya..!



#Sudah hampir sebulan sesi persekolahan di negara kita pada tahun ini. Macam-macam ragam dan cerita yang berlaku.

Ada cerita yang sedih berkenaan keadaan sekolah yang dilanda banjir dan ada juga berita yang melucukan seperti yang telah viral di internet.
Ianya adalah kisah seorang bapa yang menulis surat kepada guru wanita yang mungkin telah disampaikan melalui anaknya di sekolah.
#Bapa tersebut sangat berminat dengan guru tersebut dan ingin berkenalan dengan guru yang mengajar anaknya.
Tetapi kalau cikgu tu macam dalam gambar ini. Memang ramai lah bapa-bapa yang akan rajin hantar anaknya ke sekolah betul tak?




#Menurut ahli group FB IRDK tersebut yang telah mecari instagram cikgu tersebut, gadis tersebut adalah juga finalis Dewi Ramaja 2014/2015



Walaubagaimanapun surat dan juga gambar tersebut belum dapat dipastikan kebenarannya sama ada Teacher Aishah memang seorang guru atau tidak dan surat tersebut betul atau tidak.

Tetapi jika Teacher Aishah memang seorang guru, admin mengucapkan selamat mengajar dan BOLEH KITA BERKENALAN?hehehhehehe

sumber : Facebook IRDK

Wednesday, 28 January 2015

4 Gambar Terkini Kandungan Lisa Surihani Selepas Disahkan Hamil Anak Sulung



#Tahniah kepada pasangan Lisa Surihani dan Yusry KRU selepas aktres jelita baru sahaja mengesahkan hamil anak sulung menerusi satu sidang media baru-baru ini.

Orang yang paling gembira sudah tentulah Yusry kerana segala kritikan dan tomahan yang dilemparkan orang ramai kepada kini tiada lagi.

Desas desus mengenai status Lisa Surihani yang sebelum ini didakwa hamil akhirnya terungkap setelah disahkan sendiri oleh suami tercinta, Yusry Abdul Halim.

#Tak apa lah memandangkan semua dah terjawab, jom kita ushar sikit foto-foto terbaru Lisa setelah disahkan hamil di majlis pelancaran filem Cicakman 3.

Memetik laporan Sinar Harian, Yusry bagaimanapun enggan berkongsi maklumat lanjut mengenai perkara tersebut kerana memegang pesanan orang tua-tua.

"Mengenai berita kehamilan itu, ya, Lisa mengandung. Tapi kami mohon maaf kerana tidak dapat berkongsi maklumat lanjut.

Sejujurnya kami memegang pesanan orang tua-tua bahawa berita mengenai kehamilan hanya boleh dikongsi selepas tempoh tertentu.

Jadi apabila tiba masanya, kami akan berkongsi dengan lebih lanjut."

Pada masa sama Lisa memaklumkan dirinya berasa serba salah sama ada mahu berkongsi berita kehamilannya atau tidak.

"Bila ada wartawan yang mesej, saya memang serba salah nak jawab, sebab masih baru dan orang tua-tua pesan kalau boleh lepaskan trimester pertama (tiga bulan pertama kehamilan) baru kongsi berita ini.

Apa pun Alhamdulillah atas doa banyak pihak dan terima kasih atas mesej positif yang saya terima menerusi pelbagai medium."

Apa-apa pun tahniah daripada kami di atas berita gembira ini - Ohbulan.





Isu Dipenjara 7 Hari, Bekas Isteri Jimmy Shanley Buat Pendedahan Mengejutkan




Semalam, isteri pengacara radio terkenal Jimmy Shanley telah dikenakan hukuman penjara 7 hari kerana melanggar perintah mahkamah berhubung hak lawatan dan bermalam anaknya.

Menerusi sebuah blog hiburan terkenal telah berkongsi luahan dan pendedahan mengejutkan dari bekas isteri Jimmy Shanley iaitu Nursuhaila Eliani atau Suhaila.

Persengketaan antara Jimmu Shanley Norjahan Saleh, 33, dengan bekas isterinya Nursuhaila Eliani, 29 telah berlangsung bertahun lamanya. Pelbagai kenyataan telah dikeluarkan kedua belah pihak mengenai perkahwinan mereka yang berakhir dengan perceraian.

Bagaimanapun, semalam, Suhaila telah dihukum penjara tujuh hari oleh Mahkamah Syariah Shah Alam selepas didapati sengaja ingkar perintah mahkamah berhubung hak lawatan dan bermalam anaknya.

Suhaila dikatakan gagal menyerahkan anak mereka, Zahrah Rania, 5, kepada Jimmy pada tiga tarikh

iaitu 16-18 April, 23-25 April dan 30 April-2 Mei 2013.

Suhaila memberitahu Sinar Harian bahawa dia akur dengan keputusan mahkamah walaupun terkejut pada awalnya.




"Saya akan lakukan apa saja demi Zahrah Rania.

Saya tak rasa hubungan kami boleh baik kerana dia sendiri tak pernah ambil tahu hal anak.

Menurut Suhaila juga, Jimmy tidak ambil tahu mengenai belanja dan keperluan anak."

Jimmy tidak pernah memberi duit untuk membeli susu, lampin pakai buang dan keperluan anak.

Bagaimanapun, Mahkamah membenarkan penangguhan pelaksanaan hukuman itu dengan jaminan ibunya, Datin Muniroh Kassim.

Biasanya yang menjadi mangsa persengketaan pasangan yang bercerai ialah anak mereka. Diharap kedua belah pihak boleh bertolak ansur dan mencari jalan penyelesaian untuk berdamai, sekurang-kurangnya untuk Zahrah Rania yang masih kecil itu.

Untuk makluman anda, Suhaila hadir ke mahkamah ketika hukuman dibuat tetapi Jimmy tidak hadir, khabarnya untuk menjalani latihan pengacaraan sebuah rancangan televisyen.

Tuesday, 27 January 2015

6 Gambar wajah sebenar anak-anak perempuan Linda Jasmine & Que Haidar





#Pergh... comel giler anak-anak perempuan pasangan  Linda Jasmine dan Que Haidar yang diberi nama Tengku Cleopatra dan Tengku Ratu.

Wajah mereka nampak sebijik macam muka Linda Jasmine pula, betul tak? Hebat penangan guru tarian AF ni kan. Hehe

#Pejam celik, pejam celik dan semakin membesar dan comel Murai Batu lihat puteri kesayangan Que Haidar dan Linda Jasmine iaitu Tengku Cleopatra dan Tengku Ratu.

Tengku Ratu Haidar dilahirkan pada 26 Oktober 2009 manakala Tengku Cleopatra dilahirkan pada 26 April 2012 di Hospital #Gleneagles Kuala Lumpur secara pembedahan.

Melihat gambar mereka berdua di Instagram milik Que Haidar, Murai Batu sangat geram dan ingin mencubit-cubit pipi anak Que.



Ditambah lagi dengan berpakaian uniform sekolah,menyerlahkan lagi kecomelan Ratu dan Cleopatra yang seperti tidak sabar-sabar untuk bertemu rakannya di sekolah.

Que juga berkongsi telatah anaknya berada di dalam kelas yang kelihatan mereka berdua sungguh gembira, mesra dan tidak menangis.

Diharapkan anak Que dan Linda membesar dengan bijak dan dapat berjasa kepada ibu dan ayahnya kelak, Inshaa Allah. Jom kita lihat foto-foto mereka.






Pengakuan Rita Rudaini Paling Mengejutkan Mengenai Sikap Aidil Zafuan





#Nampaknya krisis tuntutan nafkah oleh Rita Rudaini terhadap suaminya, Aidil Zafuan masih belum menemui jalan penyelesaian apabila pelakon itu mahu membuat tuntutan baru.

Perkara ini dinyatakan sendiri beliau selepas pihak Mahkamah memerintahkan Aidil membayar nafkah kepada Rita sebanyak RM3,000.

#Begitupun, menerusi sebuah akhbar tempatan, Rita tiba-tiba membuat pengakuan mengejutkan mengenai sikap Aidil Zafuan berkenaan isu nafkah.

Pelakon jelita, #Rita Rudaini Mokhtar mengakui bahawa bekas suaminya, Aidil Zafuan memasukkan wang RM2,000 ke dalam akaunnya secara konsisten bermula Januari sehingga Disember 2013.

Namun katanya, pada tahun 2012, Aidil Zafuan tidak memberikannya wang secara tetap setiap bulan.

“Saya lupa bulan berapa defendan gagal berbuat demikian. Saya kena semak semula,” katanya.

Menurutnya lagi, Aidil Zafuan mula memasukkan wang ke dalam akaunnya pada Mei 2012.

“Jumlahnya RM1,500 hingga RM2,000,” katanya.

Beliau berkata, wang yang diberikan itu bukan digunakan untuk dirinya.

“Saya tidak pernah menggunakan duit itu kerana dia (Aidil Zafuan) memberitahu wang yang dimasukkan tersebut adalah untuk nafkah anak,” katanya.

Ketika berjumpa dengan Aidil Zafuan, Rita Rudaini pernah memaklumkan bahawa jumlah wang yang diberikan oleh suaminya ketika itu tidak mencukupi untuknya dan dua anak mereka.

“Selain berjumpa, saya juga ada memberitahu melalui perkhidmatan pesanan mesej (SMS),” katanya ketika soal balas oleh peguam defendan, Rushdan Sujak Rafee, hari ini.

Rita Rudaini memfailkan tuntutan nafkah tertunggak RM5100 sebulan yang merangkumi perbelanjaan tempat tinggal, pakaian, makan dan pengangkutan serta keperluan asasi lain selama 20 bulan yang berjumlah RM102,000.

Perbicaraan permohonan tuntutan itu berlangsung di hadapan Hakim Syarie, Mawardi Che Man ditangguhkan dan bersambung pada 14 April depan.

Sumber : Sinar Harian

Monday, 26 January 2015

CINA PULAU PINANG LARANG LAUNGKAN AZAN SUBUH,APA DAH JADI?


#CINA PULAU PINANG LARANG LAUNGKAN AZAN SUBUH,APA DAH JADI? Yang Dipertua Persatuan Anak Jati Melayu Pulau Pinang (PAJIM), Yusof Mohamad menyelar tindakan pihak pengurusan beberapa masjid yang dilihat tunduk kepada tekanan dan aduan kaum cina berbanding menjaga martabat dan ibadah agama Islam.

#Menurutnya, tindakan itu dilakukan setelah mendapat aduan daripada masyarakat setempat bahawa Masjid At Taqwa, Taman Tun Sardon tidak lagi melaungkan azan Subuh menggunakan pembesar suara yang dapat didengar oleh masyarakat Islam.

“Setelah diselidiki wakil #pihak pengurusan masjid mengesahkan bahawa perkara itu terjadi ekoran aduan yang diterima oleh masyarakat cina di situ. Walhal, selama berpuluh tahun ini, seruan azan yang berkumandang dengan menggunakan pembesar suara dilakukan tanpa sebarang halangan di masjid tersebut termasuk di masjid-masjid seluruh negara,” katanya dalam satu surat rasmi yang ditujukan kepada Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang.



Jelas surat yang bertarikh pada 20 Januari lalu, perkara itu amat mengecewakan serta mencemarkan martabat agama Islam sebagai agama persekutuan.

“Azan merupakan lambang utama dan ibadah kepada umat Islam. Seperti yang YDP sedia maklum, fungsi azan itu sendiri adalah untuk menyeru dan memanggil umat Islam menunaikan solat. Jika seruan azan itu tidak dilakukan, maka apakah fungsi azan itu dapat dicapai. Malah dalam agama Islam, telah disunatkan agar dikuatkan seruan azan supaya masyarakat sekitarnya dapat mendengar,” ujarnya.

Kaum cina di kawasan situ telah menyatakan mereka tidak mahu mendengar langsung laungan Azan subuh atau sesuatu perkara buruk akan berlaku kepada surau dan pihak pengurusan surau. Turut mereka ingatkan bahawa negeri ini bukanlah milik UMNO untuk sewenang wenangnya berkeras dalam hal agama kerana rakyat Pulau Pinang telah memilih DAP bagi mendirikan kerajaan. – Free Malaysia Today (FMT)+www.thehypemedia.com

SUMBER