Thursday 29 January 2015

Luahan Menyayat Hati Intan Maizura Semua Penumpang Dan Kru MH370 Diisythar Terkorban



Putrajaya: “Beri saya apa maksud hilang (lost) dan lenyap (missing), kemudian saya akan ceritakan apa yang saya rasa buat masa ini,” kata Jacquita Gonzales, isteri kepada Penyelia Penerbangan MH370, Patrick Francis Gomes.

Jacquita bersama empat waris MH370 yang lain termasuk isteri pramugara Mohd Hazrin Hasnan, Intan Maizura Othman, 35, ditemui selepas muncul pada bilik sidang media berkaitan MH370 oleh Jabatan Penerbangan Awam (DCA), di sini, semalam.

Menurutnya, dia terkejut apabila DCA mengumumkan deklarasi berhubung kehilangan pesawat berkenaan.

“Jika anda buat carian mengenai maksud perkataan lenyap (lost) dan hilang (missing), ada dua maksud berbeza mengenainya. Jika MH370 diisytihar hilang, saya pasti suami mahu pulang ke rumah.

“Semua waris MH370 yang lain juga mahu insan tersayang mereka pulang ke pangkuan masing-masing,” katanya.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

No comments:

Post a Comment