Wednesday 28 January 2015

Hanez Dan Romie Percepat Tarikh Perkahwinan Pada Mac 2015?



Sebelum ini kita diberitahu bahawa pelakon cantik Hanez Suraya dan tunangnya Romie Razin Adilha akan berkahwin namun tarikh itu berbeza-beza. Hanez mengatakan enam bulan dari tarikh pertunangannya iaitu Disember lepas, manakala sumber kami mengatakan bulan Mei. Pastinya pasangan ini sedang sibuk membuat persiapan untuk majlis perkahwinan mereka memandangkan tarikh perkahwinan sudah semakin dekat.

Namun begitu, Hanez telah membuat tempahan kad kahwinnya di Kadkahwinku.com dan admin laman tersebut memberi bayangan seolah-olah tarikh perkahwinan mereka ialah pada 14 Mac 2015.



Kalau betul ini tarikh perkahwinan mereka bagus juga. Lagi cepat mereka berkahwin lebih elok lagi ya tak? Cuma pasti sibuk kerana tidak banyak masa yang tinggal. So, jom save the date! Kami dengar berita Hanez juga sedang sibuk membeli belah untuk majlis perkahwinannya itu.
Memandangkan mereka dah nak berkahwin pun, kita doakan saja yang terbaik untuk Hanez dan Romie. Semoga segalanya dipermudahkan buat anda berdua.

sumber beautifulnara

No comments:

Post a Comment